Mesir, Morsi & Krisis Terkini

Assalaamualaikum!

Dah lama betul tak menaip di belog sendiri.. Ada banyak perkara yang berlaku lately - ada citer sedih, gembira, hambar, dan biasa² ajer pun ada. Pendek kata macam² ada! Tapi yang paling menarik untuk dicoret malam ni adalah tentang Mesir..


Siapa yang takde dengar apa² fasal ni langsung? Tipulah.. kalu tak tahu menahu. Just nak recap awal² pagi 4 Julai 2013 kita dikejutkan dengan berita Presiden Mesir, Muhammad Morsi telah digulingkan oleh tentera Mesir, walaupun baru setahun jagung beliau memerintah Mesir. Baru setahun oke! Apalah sangat kan berbanding Hosni yang telah memerintah selama 30 tahun tuh.. At least bagi chance kan.. 3-5 tahun lagi.. Takkan setahun pun dah menyampah.. Mesti ada dalang yang dengki sangat dengan pemerintahan baru ni kan. Adeh, fitnah ke ni? Ini pendapat sendiri lah, kalu bukan dengki, apa sebenarnya.. Ponin dik mokcik nok pk.. ini masalah negara bukan dalam kepakaran pun. Cuma apa yang boleh mokcik dan kita² yang kurang pakar ni buat hanyalah doa. Doakan buat mereka yang dalam kesusahan. Doakan untuk kemenangan bagi pihak yang benar. Doakan buat kesejahteraan umat muslimin di seluruh dunia khususnya Mesir, Syria, Myanmar dan Palestin.

Sebelum mengundur diri jom layan dulu perkara yang tersebar di media sosial tentang punca pengulingan Morsi.

PAHALA Morsi Terhadap Rakyat Mesir:
1. PAHALA Presiden Mursi adalah karena mengembangkan terusan Suez menjadi pasar bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan pndapatan sebanyak 5.6 juta dollar pertahun, akan meningkat 100 juta dollar pertahun.
2. PAHALA Presiden Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pencen sebanyak 200 % lebih, sementara harga-harga barang tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.
3. PAHALA Presiden Mursi adalah membangun kilang samsung terbesar di Arab di provinsi Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.
4. PAHALA Presiden Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata terpakai dari Amerika.
5. PAHALA Presiden Mursi adalah membuat kilang innar (sejenis tablet/ipad), untuk seluruh rakyat agar dapat memakai barang elektronik bermutu dengan harga berpatutan.
6. PAHALA Presiden Mursi paling besar adalah dia selalu sholat berjamaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki org padanya.
7. PAHALA Presiden Mursi adalah kerana berusaha membina tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif di Mesir.
8. PAHALA Presiden Mursi adalah karena ia mampu menarik pelabur asing dan mendapat kepercayaan pelabur asing di Mesir.
9. PAHALA Presiden Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua negara akan meningkat.
10. PAHALA Presiden Mursi adalah krana mampu membuka peluang kerja baru untuk 600 ribu lebih orang penganggur.
11. PAHALA Presiden Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa keluar ke luar negara oleh Husni Mubarak dan kroni2nya.
12. PAHALA Presiden Mursi adalah menegakkan keadilan dan berusaha menghapuskan penipuan
Wallahua'lam.



No comments: