Doa Sakit Gigi


Assalaamualaikum!

Dah lama tak syer² info doa dan amalan ni. Jom hafal dan boleh kita amalkan bersama. Bagus juga kalu dapat dihafal oleh si anak² kecil ni.

Meet Danish Rayyan

Assalaamualaikum!


Hari Ahad lepas, keluar outing dengan Danish Rayyan, nak gi makan nasik minyak kat Kluang. Tapi tup-tup, kereta rosak, terpaksa buat keputusan patah balik, sebelum kereta rosak lebih teruk. 

Oke, ini entri khas Danish Rayyan, anak sedara hasben - yang dah lama 'Mak Long' tak tengok.. Hehe.. Meh² sini mokcik nak tayang gambar² latest Danish Rayyan yang sempat di snap semasa Danish Rayyan berada di sini selama 2 hari..

Test Darah Lagi..

Assalaamualaikum.

Apa kabar kekawan? Harap semuanya sihat2 belaka.
Mokcik lak rasa macam kurang sihat sejak malam sabtu hari tempoh hari. Badan rasa panas jer. Tapi bila check suhu takderlah melebihi suhu normal badan pun. So, untuk precaution, terus lah menogok air cap badak. Alhamdulillah, esoknye dah rasa ok.

Lepas tu, hari isnin lak, sekali lagi terasa panas badan. Check suhu masih tidak lebih dari 37 darjah. Tapi jiwa ni tetap rasa cuak, sebab petang Ahad tu, ada orang dari jabatan kesihatn buat fogging kat jalan depan taman mokcik. Ayoyo.. Nauzubillah dari terkena demam denggi.

Kebetulan, hari isnin pun mokcik terkena cirit-birit, ada penin2 + sakit kepala jugak. Apa lagi terus, pesan ngan seben air cap badak lagi.. Air 100 plus, air mineral... Macam kat rumah takde air masak kan.. Hehe.. 
Malamnyer check suhu - hanya 37.5 darjah jer yang paling tinggi. Tu pun sebab lepas spa ngan rendaman air panas.

Masuk hari Selasa, iaitu hari ni, badan still panas. Tapi masih di bawah suhu normal badan. Seben balik jer dari keje ajak mokcik gi klinik - dalam hati macam malas sebab suhunye tak lebih 37 darjah pun.   Cuak punya pasal, pergi jugaklah kan... 

Doktor pun suggestkan untuk wat Rapid Test khas untuk denggi - Enam puluh hinggit yer regenyer. Macam biasa nak amik darah, memang ada masalah.. Hehe.. Mokcik pitam lagi.. Dah cuba untuk tidak fobia bila tengok darah. Tapi tak jalan.. Last2 doktor kata 'tutup mata'. 'Jangan tengok'.

Lepas 15-20minit, dapatlah result. Negatif okeh.. Alhamdulillah... 

Lupa lak nak amik gambar bende tu.. Ia macam pregnensi test daa... kalu kuar 2 line positif. Ngee...

Sekian.

Aktiviti Terbaru Lagi Best



Salam.

Meh sini nak dengar gossip orang tak femes... Ceh! Sapa nak dengar atau baca kalau dah tak femes kann. Tak perlah x femes, mokcik tetap nak stori jugakk. Sebab ni belog mokcik kan, korang kena baca jugak mokcik nak citer apa kali ni. Kekekekek...

Sejak bulan lepas lagi, iaitu februari 2012. Mokcik secara rasmi telah melibatkan diri dalam usahawan bundle weih... Setelah selama beberapa tahun dok berkecimpung dalam bisnes baju² baru. Teringin lak nak jual bundle, sebab mokcik memang suka konsep jual murah² & mampu milik. Almaklumlah semua orang nak kena pakai baju kan..dan barang² pulak semakin naik harga.

Lagipun nak ikut sunnah Nabi kita - iaitu berniaga. i loikke bisnes. Lagi untuk isi masa lapang, yang takderlah lapang sangat sebenarnya. Tapi tak salah isi dengan aktiviti yang boleh meningkatkan ekonomi keluarga dan bantu suami nak sara keluarga dia dan keluarga kita. Lagi terpanggil nak tolong bantu anak² yatim yang mak mertu tengah bela. Lagi, mokcik nak kena sara binatang ternakan mokcik yang berupa arnab², kucing², burung², ayam² orang singgah datang makan, harimau belang, harimau bintang yang kaler hitam tu.. Hiks! banyaknyer binatang.... Ha-ha mokcik tokok tambah jer ni...

Maklumlah dulu, kita makan gaji. Sekarang dah takder gaji tetap untuk nak sara makan, bawak gi klinik, beli pasir untuk poo-poo nyer.. dan macam² lagi lah nak buat yang nak kena pakai duit.

Harap dapat sokongan dari kawan² di sini dan di sana juger.. Tak kiralah sokongan moral ker, sokongan tak moral ker.. Asal aktiviti mokcik ni akan terus menerus berjalan. Amiiin.

Berbalik kepada bundle tadi.. Mokcik beri nama sebagai 'Kiki Bundle'. Kiki Bundle start dengan jualan ladies dress. Suatu masa nanti bercadang nak tambah pakaian anak² dan jugak kaum bapa. Ada ke jejaka ensem yang sudi nak beli dengan mokcik?

Sekarang tengah nak bawak masuk skirt pulak.. Baru nak snap² gambar.. Skirt labuh ada.. skirt pendek pun ada.. Alahai... sapa pulak nak pakai skirt pendek ni.. Pendek paras lutut jer.. Kalu uols ada kawan² Chinese or bangsa² lain yang pakai skirt pendek ni.. Tolon lah promotekan Kiki Bundle kat diorag yep.. 

Segala pertolongan dan sokongan anda didahulukan dengan ucapan Terima Kasih Daun Keladi.


Jemputlah singgah epp..  Kiki Bundle

Monyet Di Sungai Ramal

Assalaamualaikum!

Janji nak update pasal citer² busy last month, tapi still bizi kan.. So, tak dan lagi nak fokus citer tersebut.. Tapi ada citer lagi terhangat ni..

Tadi lepas ada ternampak 4 ekor monyet - disyaki anak beranak sebab ada 2 yang kecik masih baby la maksudnyer, tengah makan² di satu kawasan tempat longgokan sampah di tepi jalan di sungai Ramal. Dah lama sebenarnya tak kelihatan monyet² ni di kawasan tersebut sebab dah takder sangat dah kawasan hutan/pokok² kayu kat situ. Dek kerana sudah banyak kawasan sudah di jadikan penempatan manusia. Ada taman perumahan, dan rumah persendirian juger.

Kesian lak negok bintanang² ni tak der tempat tinggal lagi.. makan pun kutip sampah jer.. Hu-hu.. Kalu ada lah sesapa yang ada kaitan ngan Perhilitan.. Tak leh tangkap nyet² ni untuk pindah ke tempat lain.. Leh gak dia-ekor survive tanpa makan sampah..

Oklah itu jer nak story - ringkas dan segera.

What Causes Female Belly Pains?

Source from Yahoo! Health 2008

Korang bacalah ekk, mokcik tak dan nak translate satu². 
Sangat² berguna ni tau!

At 12 o'clock is the stomach:

Nausea is a common symptom that can have many causes. Is your period late? Could you be pregnant? Consider a urine pregnancy test.

Heartburn can be a sign of gastritis (inflammation of the stomach lining),  and is common among singers and pregnant women. Try Tums®, Pepto-Bismol®, or Maalox®. If you take a lot of ibuprofen (Motrin®) or naprosyn (Aleve®), you may have developed an ulcer. If symptoms persist, your doctor may recommend starting antacid medicines like Prevacid® or Prilosec®.


From 2 to 5 o'clock is the area of the descending colon:

Constipation, especially in young women, can cause pain in this area. Based on the many abdominal X-rays I've seen, more people are constipated than will admit it. If you don't have a daily soft stool that is easy to pass, consider increasing your fluid intake and drink a glass of water with fiber (like Metamucil or Citrucel) every day.

Miss You....

Assalaamualaikum!

Ahak... I miss youuuuuuu. Miss kat sapa pulak ni kan. I miss you lah... Tak percaya ker?

Mokcik miss u.. My dearie blog.. Miss u my kawan² bloggies jugak..

Lately, mokcik the very bizi, buzier lah.. Dari tengah Februari, sampai ke hujungnyer.. Tup-tup.. Aik dah masuk Mac. Hari ni 3 Mac - ada lak temujanji petang kakrang... Amboii busy apa lak ni kan.. Nantilah senang² mokcik story.. Huhu

Sapa dah baca berita pasal salji kat baitul maqdis, palestin? Waa.. Bedaboo.. Terkejut kan! 

Itulah kuasa Allah. Dia Maha Berkuasa. Allah Maha Besar. Dia boleh buat apa saja yang Dia kehendaki. Okey, bukan nak ulas sangat pasal ni. Just nak bagi ingatan sesama kita terhadap Kuasa Pencipta kita. Apa saja Dia boleh buat.. Lain macam kita hanya mampu merancang.. Allah yang akan tentukan.

Pada yang nak baca pasal salji tu klik jer gambar bawah ni yer
Syiok ekk dapat main salji